Selamat datang ke quranee
Kuasai Al-Quran Bersama Guru Pilihan Anda.
Pilih bimbingan daripada barisan guru Al-Quran bertauliah yang berpengalaman luas dalam mendidik pelbagai lapisan umur.
Pelaburan terbaik untuk anak anda bukan sekadar pendidikan dunia, tapi bekalan akhirat yang akan mendoakan anda kelak.
Metode quranee
Pendekatan Mesra Pelajar
Kami memahami setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Di Quranee, kami menggunakan teknik pengajaran yang santai namun berkesan untuk memastikan anda dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul.
Progres Pantas & Sistematik
Modul kami disusun supaya pelajar dapat melihat peningkatan seawal 4 sesi pembelajaran pertama.
Yuran Berpatutan & Telus
Tiada yuran pendaftaran tersembunyi. Anda hanya bayar untuk kelas yang anda ambil sahaja.
Misi kami
Misi Utama Quranee
Cara aplikasi quranee
Hanya Perlukan 3 Langkah
01.

Cari Guru & Jadual
Layari senarai tutor bertauliah kami dan pilih guru yang paling serasi dengan anda. Anda bebas menentukan masa kelas mengikut kesesuaian jadual harian anda sendiri.
02.

Daftar & Bayar Secara Online
Lakukan pendaftaran mudah dan pembayaran yuran secara selamat melalui FPX online banking. Anda akan terus menerima pengesahan dan pautan kelas (Zoom/Google Meet) secara automatik.
03.

Mula Mengaji Dari Rumah
Mulakan perjalanan ilmu anda! Masuk ke kelas online pada waktu yang telah ditetapkan dan nikmati bimbingan secara personal (1-ke-1) untuk peningkatan bacaan Al-Quran yang lebih efektif.
