Cari Tutor

Kenali barisan Ustaz dan Ustazah bertauliah di Quranee. Pilih guru pilihan anda, semak jadual kosong, dan mulakan kelas mengaji online secara personal hari ini.

Ustazah Hilwa

Salam perkenalan. Saya seorang pendidik al-Quran dan pengajian Islam yang berpengalaman luas sejak tahun 2019 sebagai guru tadika, guru al-Quran, dan tutor peribadi. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Hadis dari UIN Bandung serta memiliki hafazan 10 juzuk al-Quran, saya fokus membimbing pelajar mengikut tahap kemampuan mereka demi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah agama.

Ustazah Aliah

Assalamualaikum wbt, saya Ustazah Aliah berusia 20 tahun dan berasal dari Johor. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Universiti Islam Selangor serta berpengalaman mengajar al-Quran di madrasah. Komited membimbing pelajar dalam bacaan, tajwid dan hafazan al-Quran.

Ustazah Zaynab

Assalamu'alaikum wrt, Saya merupakan seorang Hafizah Al-Qur'an 30 juz bersertifikat yang berkhidmat sebagai pengajar Al-Qur'an di Ponpes Tahfizhul Qur'an Ta'zhim As Sunnah. Saya mempunyai pengalaman mengajar pelbagai lapisan pelajar, termasuk kanak-kanak, golongan ibu-ibu, serta anak-anak berkeperluan khas (ABK) dan autisme.

Ustazah Tiara

An English and Qur'anic teacher with experience teaching kindergarten, elementary, and secondary-level students. I received six years of Islamic and Qur'anic education at an Islamic boarding school during my junior and senior secondary school years. In 2019, I further enriched my Islamic studies through a Qur'anic and Arabic learning program in Egypt.

Ustaz Zharif

Saya mempunyai pengalaman mengajar al-Quran dan bidang berkaitan di Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pengalaman ini telah membantu saya menguasai kaedah pengajaran yang sistematik dan berkesan dalam membimbing pelajar pelbagai peringkat umur, sama ada dalam aspek bacaan al-Quran, tajwid, hafazan mahupun penghayatan al-Quran.

Ustaz Firdaus

Assalamualaikum, saya Firdaus. Seorang tenaga pengajar Al-Quran dan Tahfiz yang berpengalaman dalam membimbing pelajar pelbagai peringkat umur dalam pembelajaran Iqra’, Al-Quran dan asas Tajwid.

Ustaz Syazmir

Assalamualaikum.. Saya Syazmir. Saya seorang yang amat minat dalam mengajar Al-Quran. Saya mempunyai jiwa yang sentiasa menyayangi pelajar dan mempunyai jiwa pendidik supaya mereka menjadi golongan yang terbaik sebagaimana sabdaan Nabi ﷺ.

Ustaz Mirdat

Assalamualaikum wbt! Salam kenal buat semua. Saya Ustaz Mirdat, tenaga pengajar Quranee, juga berpengalaman menjadi guru halaqah di Madrasah Baitur Rahmah. Saya teruja untuk membantu serta membimbing anda dalam usaha menguasai bacaan Al-Quran. Moga langkah kecil hari ini menjadi saham yang besar buat kita semua di akhirat nanti.

Ustaz Faiz

Assalamualaikum wbt! Salam kenal buat semua. Saya Faiz, tenaga pengajar Quranee. Saya sedia dan sangat berbesar hati untuk membantu serta membimbing anda dalam usaha menguasai bacaan kalam-Nya. Moga langkah kecil hari ini menjadi saham yang besar buat kita semua di akhirat nanti.

Ustaz Dani Jakfar

Assalamualaikum dan salam perkenalan. Saya Ustaz Dani, seorang guru Al-Quran di sekolah tahfiz. Memperbaiki bacaan Al-Quran adalah suatu kewajipan bagi setiap Muslim, dan tiada istilah "terlambat" untuk belajar.

Ustaz Afif Syatir

Salam perkenalan! Saya Ustaz Afif, guru Al-Quran lulusan Jordan. Bagi saya, belajar mengaji bukan sekadar sebutan di bibir, tapi juga mendidik hati dan akhlak. Saya suka gunakan cara didikan yang tersusun dan mesra supaya setiap pelajar merasa cinta dengan Al-Quran.