T&c
📖 Terma & Syarat Penggunaan Quranee
Quranee merupakan platform penyedia sistem tempahan (booking) dan penghubung antara Pelajar (Student) dan Guru (Agent).
Quranee tidak bertanggungjawab secara langsung atas kualiti pengajaran individu, namun kami akan memantau prestasi guru dari semasa ke semasa.
Tempahan & Bayaran: Semua tempahan mestilah dibuat melalui sistem Quranee. Bayaran yang telah dibuat dianggap sah untuk sesi yang ditempah sahaja.
Pembatalan (Cancellation): * Pembatalan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum kelas bermula untuk membolehkan sesi dijadualkan semula (reschedule).
Pembatalan saat akhir (kurang 24 jam) tidak akan dipulangkan bayaran (No Refund), kecuali atas budi bicara guru.
Kehadiran: Jika pelajar lewat masuk ke kelas (contoh: Google Meet), guru tidak diwajibkan untuk mengganti waktu yang tertinggal tersebut.
-
Status Guru: Guru adalah rakan kongsi bebas (independent contractor) dan bukan kakitangan tetap Quranee.
-
Etika: Guru dilarang keras untuk mengajak pelajar berurusan di luar sistem Quranee (Direct payment kepada guru). Jika dikesan, profil guru akan dipadam serta-merta.
Medium: Kelas dijalankan secara atas talian melalui Google Meet / Zoom yang disediakan dalam sistem.
Gangguan Teknikal: Jika kelas terganggu disebabkan masalah internet guru, guru wajib mengganti sesi tersebut pada waktu lain. Jika masalah dari pihak pelajar, penggantian kelas bergantung kepada budi bicara guru.
Tempoh & Syarat Kelayakan Refund
Pembatalan Oleh Student: Refund penuh (100%) hanya akan dipertimbangkan jika permohonan pembatalan kelas dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu kelas bermula.
Pembatalan Saat Akhir (Last Minute): Sebarang pembatalan yang dibuat kurang daripada 24 jam sebelum kelas tidak akan dikira untuk refund (kecuali atas faktor kecemasan atau masalah kesihatan yang munasabah).
Pembatalan Oleh Tutor/Quranee: Jika kelas dibatalkan oleh pihak kami atau tutor atas sebab teknikal/kecemasan dan kelas ganti (replacement class) tidak dapat diatur, anda layak mendapat refund penuh.
Proses Refund Secara Manual
Semua proses pemulangan wang di Quranee diproses secara manual demi memastikan ketepatan data akaun anda:
Refund tidak berlaku secara automatik sebaik sahaja anda klik cancel di website.
Anda perlu menghubungi admin Quranee melalui WhatsApp Admin atau emel ke admin@quranee.my dengan menyertakan:
Booking ID / Resit Pembayaran Stripe
Nama Student & Nama Tutor
Sebab Permohonan Refund
Tempoh Masa Pemulangan Duit
Sebaik sahaja permohonan refund anda diluluskan, proses transaksi manual akan mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk dikreditkan semula ke dalam akaun bank atau kad kredit/debit asal anda (bergantung pada pusingan penyelesaian/settlement pihak Stripe).
Kos Pentadbiran (Caj Stripe)
- Sila ambil perhatian bahawa pihak Stripe mengenakan caj transaksi bagi setiap bayaran yang berjaya. Bergantung pada situasi, pihak Quranee berhak memotong kos pemprosesan gateway (sekitar 3-4%) daripada jumlah asal refund sekiranya pembatalan adalah atas kehendak student tanpa sebab kecemasan.
Pelajar dan guru dilarang berkongsi maklumat peribadi yang sensitif (No Kad Pengenalan, alamat rumah) demi keselamatan bersama.
Quranee berhak merakam sesi pembelajaran (jika perlu) bagi tujuan pemantauan kualiti.
