Jom Bina Kerjaya Sebagai Tutor Mengaji Online
Sertai komuniti pendidik Al-Quran di Quranee. Waktu mengajar yang fleksibel, sistem pengurusan kelas yang sistematik, dan ganjaran komisen yang berbaloi.
Panduan Rakam & Hantar Video Intro (Mod Landscape + YouTube Unlisted)
Sila ikuti langkah mudah ini untuk menghantar video pengenalan anda:
Langkah 1: Rakam Video (Wajib Melintang)
PENTING: Sila pusingkan telefon bimbit anda secara melintang / landscape (skrin lebar) semasa merakam.
Rakam video pengenalan diri anda selama maksimum 1 minit.
Pastikan telefon diletakkan di tempat yang stabil (gunakan tripod atau sandar pada buku) supaya video tidak bergoyang. Pandang tepat pada lubang kamera telefon, bukan pada skrin.
Langkah 2: Upload ke YouTube (Guna Telefon Bimbit)
Buka aplikasi YouTube di handphone anda (pastikan dah log in akaun Gmail anda).
Klik butang tanda tambah (+) di bahagian bawah skrin.
Pilih Upload a video (jangan pilih Create a Short supaya video kekal dalam format landscape lebar).
Pilih video intro yang anda telah rakam tadi, kemudian klik Next.
Langkah 3: Tukar Setting Kepada “Unlisted”
Di skrin sebelum anda klik upload, cari menu Visibility (biasanya asal dia adalah Public).
Klik pada Visibility dan tukar kepada Unlisted. (Nota: Pilihan ‘Unlisted’ bermaksud video anda selamat. Orang awam tidak boleh cari video ini di YouTube, hanya pihak pengurusan Quranee yang ada link sahaja boleh tonton).
Klik Next dan pilih “No, it’s not made for kids”, kemudian klik Upload Video.
Langkah 4: Ambil Link Video & Paste Di Borang
Selepas video selesai di-upload, pergi ke menu You (Profil anda di bawah kanan) > Your Videos.
Cari video intro tadi (akan ada logo rantai/link kecil tanda ia unlisted).
Klik pada tiga titik (…) di sebelah video tersebut, kemudian klik Share.
Klik Copy Link.
Tampalkan (Paste) link tersebut ke dalam borang permohonan Elementor di laman web Quranee.
