Ustaz Afif Syatir
Pro Quranic Journey
Mengenai Saya
Salam perkenalan! Saya Ustaz Afif, guru Al-Quran lulusan Jordan. Bagi saya, belajar mengaji bukan sekadar sebutan di bibir, tapi juga mendidik hati dan akhlak. Saya suka gunakan cara didikan yang tersusun dan mesra supaya setiap pelajar merasa seronok, faham, dan cinta dengan Al-Quran.
Latar Belakang
Pendidikan:
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Tarbiyyah, Universiti Yarmouk, Jordan.
• Ijazah Sarjana Al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.
Pencapaian: Berjaya membantu ramai pelajar (dari tiada asas, kanak-kanak, hinggalah golongan dewasa) membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.
Pengalaman: 3 tahun pengalaman mengajar Al-Quran, Hafazan, dan asas Bahasa Arab.
Kenapa Belajar Dengan Saya?
Saya sangat mementingkan suasana belajar yang selesa dan tidak stress. Saya akan membimbing anda mengikut kelajuan dan tahap kemampuan sendiri secara satu-per-satu (step-by-step) sehingga lancar. Yang penting, kita belajar dengan sabar supaya setiap bacaan dapat diperbaiki dengan sempurna.
Kepakaran Saya
Belajar dari asas (sebutan huruf) sehinggalah lancar membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.
Teknik mudah untuk menghafal surah-surah pilihan dengan cara yang praktikal dan senang lekat dalam ingatan.
Sambil mengaji, kita belajar sedikit asas bahasa arab supaya dapat lebih menghayati apa yang kita baca dalam solat.
