Ustaz Firdaus
Mengenai Saya
Assalamualaikum, saya Firdaus. Seorang tenaga pengajar Al-Quran dan Tahfiz yang berpengalaman dalam membimbing pelajar pelbagai peringkat umur dalam pembelajaran Iqra’, Al-Quran dan asas Tajwid. Berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang pengajaran halaqah Al-Quran serta komited dalam membantu pelajar memperbaiki bacaan Al-Quran dari sudut kelancaran, sebutan huruf dan penguasaan tajwid. Sentiasa menitikberatkan kesabaran, disiplin dan istiqamah dalam proses pembelajaran agar pelajar lebih yakin dan bersemangat untuk terus mendalami Al-Quran.
Latar Belakang
Pendidikan
• Hafiz Al-Quran 30 juzuk
• Talaqqi Al-Quran bersama seorang syeikh dari Mesir
• Pengajian dalam bidang Al-Quran, Tajwid dan Tahfiz
Pencapaian
• Berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran
• Dilantik sebagai Ketua Koordinator Tahfiz di madrasah
• Membimbing pelajar dalam bacaan, tajwid dan hafazan Al-Quran
Pengalaman
• 7 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran halaqah Al-Quran
• Mengajar di Madrasah Baiturrahmah
• Mengajar di Keedflix Quranic Centre
• Mengendalikan kelas Iqra’, Al-Quran dan asas Tajwid bagi pelajar pelbagai peringkat umur
Kenapa Belajar Dengan Saya?
• Fokus kepada pembetulan bacaan dan sebutan huruf dengan tepat
• Membimbing pelajar membaca Al-Quran dengan lebih lancar dan bertajwid
• Menggunakan pendekatan pembelajaran yang santai, tersusun dan mudah difahami
• Memberi perhatian mengikut tahap kemampuan setiap pelajar
• Menekankan usaha berterusan dan istiqamah dalam memperbaiki bacaan Al-Quran
saya sedia membimbing mengikut kelajuan anda.
Bidang Pengkhususan Saya
Iqra’ & Asas Bacaan Al-Quran
Membimbing pelajar dari peringkat asas sehingga mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan yakin
Tajwid & Makhraj Huruf
Pembelajaran hukum tajwid serta pembetulan makhraj dan sebutan huruf secara praktikal
Talaqqi & Semakan Bacaan
Semakan bacaan Al-Quran secara berhadapan bagi meningkatkan kelancaran dan ketepatan bacaan
