Ustaz Firdaus

Mengenai Saya

Assalamualaikum, saya Firdaus. Seorang tenaga pengajar Al-Quran dan Tahfiz yang berpengalaman dalam membimbing pelajar pelbagai peringkat umur dalam pembelajaran Iqra’, Al-Quran dan asas Tajwid. Berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang pengajaran halaqah Al-Quran serta komited dalam membantu pelajar memperbaiki bacaan Al-Quran dari sudut kelancaran, sebutan huruf dan penguasaan tajwid. ⁠Sentiasa menitikberatkan kesabaran, disiplin dan istiqamah dalam proses pembelajaran agar pelajar lebih yakin dan bersemangat untuk terus mendalami Al-Quran.

Latar Belakang

Pendidikan

•⁠ ⁠Hafiz Al-Quran 30 juzuk
•⁠ ⁠Talaqqi Al-Quran bersama seorang syeikh dari Mesir
•⁠ ⁠Pengajian dalam bidang Al-Quran, Tajwid dan Tahfiz

•⁠ ⁠Berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran
•⁠ ⁠Dilantik sebagai Ketua Koordinator Tahfiz di madrasah
•⁠ ⁠Membimbing pelajar dalam bacaan, tajwid dan hafazan Al-Quran

•⁠ ⁠7 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran halaqah Al-Quran
•⁠ ⁠Mengajar di Madrasah Baiturrahmah
•⁠ ⁠Mengajar di Keedflix Quranic Centre
•⁠ ⁠Mengendalikan kelas Iqra’, Al-Quran dan asas Tajwid bagi pelajar pelbagai peringkat umur

Kenapa Belajar Dengan Saya?

•⁠ ⁠Fokus kepada pembetulan bacaan dan sebutan huruf dengan tepat
•⁠ ⁠Membimbing pelajar membaca Al-Quran dengan lebih lancar dan bertajwid
•⁠ ⁠Menggunakan pendekatan pembelajaran yang santai, tersusun dan mudah difahami
•⁠ ⁠Memberi perhatian mengikut tahap kemampuan setiap pelajar
•⁠ ⁠Menekankan usaha berterusan dan istiqamah dalam memperbaiki bacaan Al-Quran
saya sedia membimbing mengikut kelajuan anda.

Bidang Pengkhususan Saya

⁠Iqra’ & Asas Bacaan Al-Quran

Membimbing pelajar dari peringkat asas sehingga mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan yakin

Pembelajaran hukum tajwid serta pembetulan makhraj dan sebutan huruf secara praktikal

Semakan bacaan Al-Quran secara berhadapan bagi meningkatkan kelancaran dan ketepatan bacaan