Ustaz Dani Jakfar

Mengenai Saya

Assalamualaikum dan salam perkenalan. Saya Ustaz Dani, seorang guru Al-Quran di sekolah tahfiz. Memperbaiki bacaan Al-Quran adalah suatu kewajipan bagi setiap Muslim, dan tiada istilah “terlambat” untuk belajar. Sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, semuanya masih boleh mempelajari Al-Quran. Jangan risau jika bacaan masih belum lancar. Belajar secara perlahan tidak mengapa, yang penting kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki bacaan dan mendekatkan diri kepada Al-Quran.

“Sedikit demi sedikit, insya-Allah bacaan akan menjadi lebih baik.”

Latar Belakang

Pendidikan

 Lulusan Tahfiz Al-Quran 30 Juzuk.

•⁠ ⁠Berjaya membimbing ramai pelajar meningkatkan bacaan Al-Quran serta menguasai tajwid dengan lebih baik dan tepat.

•⁠ ⁠Mempunyai 3 tahun pengalaman mengajar Al-Quran dan hafazan.
•⁠ ⁠Berpengalaman membimbing pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan tahap pembelajaran.

Kenapa Belajar Dengan Saya?

✅Pembelajaran mengikut tahap kemampuan pelajar, dari asas hingga lancar membaca.
✅ Fokus kepada tajwid yang betul dan sebutan yang tepat.
✅ Suasana pembelajaran yang santai, mesra dan mudah difahami.
✅ Bimbingan secara berperingkat sehingga yakin membaca al-Quran.
✅ Membantu pelajar memahami adab dan asas pembacaan al-Quran dengan baik.
✅ Komitmen untuk membimbing setiap pelajar dengan sabar dan istiqamah.

Bidang Pengkhususan Saya

⁠ ⁠Bimbingan Mengaji & Tajwid (Semua Peringkat Umur)

•⁠ ⁠Belajar dari asas (sebutan huruf) sehinggalah lancar membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

•⁠ ⁠Teknik mudah untuk menghafal surah-surah pilihan dengan cara yang praktikal dan senang lekat dalam ingatan.